Tuesday 10 May 2011

~hIdUp dI hAnTuI pErAsAaN cInTa~

Hurmm,
Setelah sekian lama aku tertutup utk perempuan,hanya untuk Khairunisa akhir nya sudah terbuka sendiri,walaupn dah terbuka tetapi masih tidak dapt memilih dan membuat pilihan dengan tepat, ini kerana aku terikat dgn ibu ku.

Terasa nak bina Keluarga ku sendiri dgn seorang wanita yang bergelar isteri, namun hati masih was-was dan belum yakin akan tanggung jawab yang bakal di pertanggungkan. Aku masih ragu2 dengan pilihan dan isi hati si dia,seorang yang kekadang sekian lama meyepi datang balik kerana terlalu mengejarkan kejaya dunia,lagi seorang sentiasa menghubungi dan ceria.


Aku di persimpangan untuk cuba mendekati yang mane satu aku pn Konfius,sama si dia yg kekadang menyepi or si dia yang sentiasa berhubung? tapi nak ikotkan hati aku,mmg aku pilih yg jarang berhubung coz aku suka watak dia yang tidak mendedah aurat,tapi si dia cam aggap aku tak lebih dari sorang kwn,sbb tgk gaya mmg tak layak utk aku, yang si dia yang selalu conct aku ni free hair dah umor lebih jauh tua dari aku 3 tahun,tapi aku tak kisah masalh umo,cuma kkdg dia ni terlalu mesra membuatku cemburu...

Lagi satu sifat buruk aku,aku tak suka persaingan dalam soal hati ni,kalo ade persaingan dgn automatik aku akan mengalah dan mengundur diri sebab aku rasa ade kelemahan dalam diri aku nie...memang terang kelemahan dalam diri aku dalam bab hati dan perasaan nie...kecuali si dia sudah menyukai aku,aku akan pertahan habis-habisan.

Thursday 5 May 2011

~Kebaikan di balas dgn TAIK!!!~

Semalam aku balik keja dalam kul 6,penat banyak keja. Lepas mandi tgk tilam angin dah kempis bocor, mau menyirap aku di buatnya. Untuk menyejukan hati yang tengah panas aku pegi la mandi, lepas mandi kuar nak ambik lap top, last2 tgk2 lap top aku takde, aku tanya adik aku,dan sedara2 lain,smua tak tau.

Mau satu umah aku mengamuk dengan pisau, aku jenis susah nak marah skali dah marah memang habis la...semua lari berterabur kerana aku mengamuk pakai pisau potong sayur umah aku hehehhe sebab xde pisau potong daging wakakaka....\

berbalik pada cite "hilang Lap Top" semua aku tanya n call suruh budak umah aku balik
semua dah berkumpul aku tanya dan semua tak mngaku, pastu tuan rumah yang aku sewa tu dtg tanya dia dgn aku dan aku aku je dia rapat sebab dia sayangkan kiteorang yg lain kalo bole dia nak halau je...dia ckp kwn kpd sedara aku je yg dia tgk kuar masuk tadi orang lain xde sebab nak kuar umah aku mesti lalu pintu dapur umah dia...lgpn dia dan jiran aku duduk borak dari pagi sampai petang.

Nak jadi kan cite aku call semua ustaza termasuk Pak Iman kg aku...dorang tolong buat solat hajat, aku bkn nak berkira sgt pasal lappy tu cuma aku nak tau jer sape yang ambik mengikut dorg gambaran org tu mmg kwn kpd sedara aku yang kaki "ICE"
tapi tak nak mengaku jgk..."ko tu dah la xde sape yang mengajak dtg umah, ko yg memandai dtg sini".

Last sekali dalam kul 12 mlm aku pegi balai Polis Sentul tuk wat report, sesampai je depan pintu Bali ,mama aku call... ( muzik klasi)

Mama = Along jgn la wat report kalo bole,biar la xde rezeki kita.
Aku = Xbole Org cuma nak tau je n nak ajar dorg nie.
Mama = harta dunia biar la lgpn kalo wat report semua akan terlibat krn pasal "ice"
termasuk sedara aku.
Aku = Aku tetap berkeras dan mempertahan kan keputusan aku.
Mama = mama sayang along sambil menagis,biar lah xde rezeki kita, sebab benda ni akan berleret dgn sedara mara,
Aku = Aku walaupn tgh marah yg teramat,bila dengan mama aku n dengar dia nagis trus aku lembut hati,secara automatik aku pn tak tau kenapa,memang aku akan mengalah dgn mama aku,(adakah itu kelebihan seorang ibu yang bersifat lembut?)

Last skali aku balik umah tanpa wat report, smua budak2 kat umah aku xde coz aku ckp polis akan datang buat serbuan dan datang skali dgn unit Narkotik


Pjg lebar lak cite, kan yang buat aku terasa hati nya pasal aku dok wat baik dgn dia,xmkn aku bg mkn...bg tinggal situ,xde duit nak isi minyak aku bagi...tapi last2 dia curi barang aku...manusia,lebih hina dari Khinzir...aku harap Allah SWT melaknat orang yng mengabil barang aku tu

Friday 22 April 2011

~* LuMrAh HaTi & pErAsAaN*~

Cinta? bermacam2 pndangan & bermacam2 ragam pendapat yg ku dengar. Tapi belom ada jawapan yang dapat memuaskan hati aku. Aku pernah menyintai sesorg semasa di tingkatan 4,dan sehingga aku masuk kolej,dan dia cinta pertama ku,sehingga satu ketika si dia minta putus krn orang ke 3, aku rela lepaskan wlpn sudah sedaya upaya aku mempertahankannya.

Pada satu ketika kwn kpd Exgf aku cuba msg aku pada mulanya dgn niat simpati terhadap aku tapi aku dapat kawal perasaan itu,mmg aku sedih tapi mungkin orang ke 3 itu lebih dari apa yang aku ada.sehingga satu saat aku mula terpikat dgn kwn kpd Exgf aku yg bernama betul ( Nisa )aku kenal Nisa tidak lama dalam beberapa tahun saja. tapi bagi aku dia sentiasa dalam hati aku sampai sekarang walaupn dia jauh berada di rantauan,aku tahu dia masih membenci aku sehingga saat ini,kerana kesilapan bodoh aku.

Walaupn cinta pertama aku dgn Gadis berasal dari Melaka tetapi cinta dan sayang aku terhadap Nisa lagi mendalam,sehingga kini masih aku menaruh harapan. Aku jenis yang simple tidak kacak,muka ala2 cina skit, wlpn ada gadis cuba mendekati aku tetapi aku tidak dpt menerima dorang kerana kasih ku terhadap Nisa masih menebal sehingga kini yang menjangkau 4 tahun lebih.

Aku tahu Nisa tidak mungkin dapat menerima aku mahupun menghubungi aku lagi,tapi aku hanya mampu berdoa semoga di bukakan pintu hati untuk menerima aku walaupun sebagai seorang kawan. Dulu masa Nisa mula2 menjejak kaki di Beijing dia masih menghubungi aku,tapi dek kerana keegoan dan kekerasan hati aku,dia menyepikan diri sehingga aku bertukar kerja untuk ke dua kalinya. Nisa masih menghubungi aku walau jarak masa berbulan2 untuk bertanya kabar. Tetapi kebutaan mata hati,keegoan yang terlampau sehingga perkataan " Jangan hubungi atau contact saya lagi" hati gadis mane tidak terasa. Nisa bagi aku seorang yang baik lemah lembut walaupun kekadang hati dia keras.

Aku memlilih Nisa bukan krn paras rupa dia nak dibandingkan denga Ex Pertama aku ( Lea ). tapi kerana sifat kewanitaan Nisa membuat aku tidak dapat melupakan Nisa sehingga hari ini dan masih menunggu berita dari dia.

Sekiranya aku diberi peluang untuk kali terakhir tidak akan aku lepaskan,dan sekiranya aku berkesempatan berdoa di Hadapan Ka'abah,aku harap aku dapat bertemu dengan Nisa. Betul orang cakap kita tidak pernah menghargai sesorang di hadapan kita,tetapi merana bila dia berlalu pergi.

Pesanan aku terhadap kwn2,seandainya kamu menenui seorg yang menghargai kamu,fikirlah sedalamnya sebelum kamu melepaskan sesuatu perkataan, dari kerana ini baru aku faham ape itu hati seorang perempuan.

Mlm ni aku terpaksa merapu kerana terlalu rindu dan teringat kepasa Gadis bernama Nisa, aku terpaksa merapu walau ayat aku memang tunggang langgang krn menggantuk hehehe...oleh kerana teringat akan Nisa dan terasa ingin ku luah isi hati yang sudah 4 tahun aku memendamkannya...

"Khairunisa,Hafiz masih menyayangi mu"

Sunday 17 April 2011

Perangai <----> atitude<---->Sikap

Byk hari aku tak buka blog aku nie,biase laorg baru2 nak jinak dgn blog nie wlpn dah lama berniat nak ade blog,tapi tak bersungguh,aku nak luahkan benda yg tak puas hati pasal budak umah aku merangkap saudara tak jauh mane sebalah bapak aku nie, mmg aku kurang rapat dgn suadara sblh bapak aku nie, di sebabkan perangai dorg dah sikap dorg.

Hari nie aku betul2 menyirap sbb biase la pasal duit nie kan, kalo ade duit belagak cam org kaya,sedar la skit ko tu org biase jgn nak berlagak lebih,seperti org ckp ukur baju badan sendiri la brader.



Si bahalol nie time ade duit mkn sorg2,beli baju seluar mahal2 dan bapak segala kedekut.aku tak kisah pn tu duit dan hasil titk peluh Lu la kan,lantak ko la..tapi aku nak ko ingat time tengah bulan aku jgk ko cari,dah la ko masuk umah nie takde sape yg jemput,ko dtg letak baju2 ko pastu jadi cam umah sndri...(dasar muka letak kat punggong)

. Masa ko susah dulu kapcai aku tu jadi cam motor wakaf...setahu aku,aku tak pernah sentuh harta benda ko kan...lg 1 benda smua stock mknan aku ko sapu,aku pn tak tau ko ni spesis ape,aku bukan nak mngungkit,memandangkan ko jenis mengungkit dan ckp2 blakang tu yg aku menyirap tu....bole die saund ckp aku kalo xde transprt pn bole hidup. <---- woiiii bahalol dulu masa ko p keja dgn ape?? balik keja dgn ape?? kapcai buruk aku tu la...bangang pnye manusia jenis ni.Takde duit nak jgk ko bejalan kwn ko tu pn bodoh kwn dgn ko,asyik kena paw smpai kering je duit hahaha...si Bahalol ajak kuar wlpn xde duit ikot je...elok la bahalol tipu bengap kah...kah...kah... Ni ade lg sorg Lahabau,tapi dia ni aku tak kisah sgt sebab pasal mkn minum n duit dia tak berkira,tapi aku kesian la kat famly ko kat kg tu...ko dapat gaji n keja elok,ko main "ais" duit byk katakan,aku penah ckp duit byk2 tu baik ko simpan...ko nak main "ais" tu lantak la...bkn duit aku kan hahaha...kalao mampos pn ko bkn aku...tapi skrg ni ko dah kena buang keja,asyik pnjam duit jer,kalo pinjam tuk beli mknan aku tak ckp,ni ko rela beli bendalah tu...aku ckp bangang ko hangin,tapi hakikatnya ko ni bangang hahaha....




berubah la brader lu dah 2,3 kali masuk dalam tak serik lg ker?ikotkan hati aku report jer,tapi kesian kat org tua ko kat kg lak...aku tak sanggup tgk mane2 org tua mengalir air mata krn anak buat perkara tolol,bahalol dan sewaktu dgn nya..hehehhee...


kesimpulan,fikir la tuk berubah jadi yg lebih baik...aku mmg dah tak sabar nak tinggal umah nie,dan aku harap adik aku dapat kerja yg lebih baik so kite pindah la eh,aku pn dah nak kena posting tmpat kau dulu dan jgn menyusahkan aku sudah....

Thursday 7 April 2011

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


________________________________________
Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!

Wednesday 6 April 2011

Bila Hati Tidak Bahagia: Kisah Pemuda Dan Rama-Rama

Suatu hari, ada seorang pemuda di tepi telaga. Dia termenung. Renungan matanya kosong menatap air telaga di hadapannya. Seluruh penjuru angin telah di lewatinya, namun tak ada satu pun tempat yang membuatnya puas. Kosong dan senyap, hingga ada suara yang menyapanya.

"Sedang buat apa kau di sini wahai anak muda?" tanya orang itu, seorang tua. "Apakah yang sedang kau risaukan..?"


Anak muda itu menoleh ke sebelahnya, "Saya letih, Pak Cik. Telah jauh jalan yang saya tempuh untuk mencari kebahagiaan, namun tidak juga saya temukan rasa itu dalam diri saya. Saya telah berjalan melewati gunung dan lembah, tapi tidak ada tanda kebahagiaan yang hadir dalam diri saya. Ke manakah harus saya mencarinya? Bilakah akan saya temukan rasa itu?"

Orang tua itu duduk semakin dekat sambil mendengarkan dengan penuh perhatian. Di pandangnya wajah lesu di hadapannya. Lalu, dia mula berbicara, "Di depan sana ada sebuah taman. Jika kamu ingin jawapan dari pertanyaanmu, tangkaplah seekor rama-rama untukku.

Mereka berpandangan.

"Ya... tangkaplah seekor rama-rama untukku dengan tanganmu" pak tua mengulangi kalimatnya lagi.


Perlahan-lahan pemuda itu bangkit lalu menuju ke taman. Tidak berapa lama dijumpainya taman itu. Taman yang yang bersemarak dengan pohon dan bunga-bunga yang mekar. Tidak hairanlah mengapa banyak rama-rama berterbangan disana.

Orang tua itu melihat dari jauh, memperhatikan tingkah laku pemuda yang sedang gelisah itu. Anak muda itu mula bertindak. Dengan terhendap-hendap ditujunya seekor rama-rama. Dengan perlahan dia cuba menangkapnya. Namun gagal.

Di kejarnya pula rama-rama itu. Dia cuba menangkapnya lagi, tapi gagal. Dia mula berlari tidak keruan. Kakinya menerjah ke sana sini. Rumput-rumput dipijaknya dan tanaman dirempuhnya untuk mengejar rama-rama itu. Dirempuhnya semak dan duri. Aksinya nampak semakin liar.

Adegan itu terus berlangsung, namun belum ada satu rama-rama pun yang dapat ditangkap. Si pemuda mula keletihan. Nafasnya mencungap dadanya bergerak naik-turun dengan cepat.

Hingga akhirnya ada satu teriakan, "Hentikan dulu hai anak muda. Berehatlah."

Maka nampaklah dia orang tua tadi berjalan perlahan menujunya. Tapi si pemuda kehairanan melihat ada sekumpulan rama-rama berterbangan di kiri kanan orang tua itu. Rama-rama itu terbang berkeliling dan sesekali hinggap di tubuh orang tua itu.

"Begitukah cara kamu mengejar kebahagiaan? Berlari dan mengejar? Menerjah tak tentu arah, memijak tanpa pedulikan apa yang kau rusakkan?"

Orang tua itu menatap si pemuda. "Anakku, mencari kebahagiaan itu adalah bagai menangkap rama-rama. Semakin kau kejar semakin itulah ia akan menjauhimu. Semakin kau buru semakin pula ia pergi jauh dari dirimu."

"Kerana itu tangkaplah rama-rama itu dalam hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Carilah rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari kemana-mana. Bahkan tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang dengan sendiri."

Orang tua itu mengangkat tangannya. Tiba-tiba seekor rama-rama hinggap di hujung jarinya. Kelihatanlah kepak-kepak sayap rama-rama itu memancarkan keindahan ciptaan Tuhan. Begitu mempersona dan mengagumkan bila melihat kelopak sayap yang mengalun perlahan-lahan, bagaikan kebahagiaan yang hadir di dalam hati. Warna kepaknya begitu indah, seindah kebahagiaan yang dirasai oleh mereka yang mampu menyelaminya.

APAKAH YANG KAU KEJAR?

Mencari kebahagiaan adalah bagai menangkap rama-rama. Sukar bagi mereka yang terlalu bernafsu tapi mudah bagi mereka yang tahu apa sebenarnya yang mereka cari. Kita mungkin dapat mencarinya dengan menerpa ke sana-sini, menerjah ke sana-sini. Kita boleh mengejarnya dengan berlari kencang ke seluruh penjuru arah. Kita pun boleh saja mengejarnya dengan bernafsu, bagai menangkap buruan akan akan kita makan setelah mendapatnya. Namun kita perlu belajar. Kita perlu belajar bahawa kebahagiaan tidak bisa di dapati dengan cara-cara seperti itu. Kita perlu belajar bahawa bahagia bukanlah sesuatu yang dapat di genggam atau sesuatu yang dapat disimpan.

Bahagia adalah udara, dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu. Kita belajar bahawa bahagia itu memang ada di dalam hati. Semakin kita mengejarnya, maka semakin kebahagiaan itu akan pergi dari kita. Semakin kita berusaha mendapatkannya, semakin pula kebahagiaan itu akan menjauh dari kita. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hati kita sendiri.

Biarkanlah rasa kebahagiaan itu menetap dan abadi dalam hati kita. Temukanlah kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan. Dalam bekerja, dalam belajar, dalam menjalani hidup kita. Dalam sedih, dalam gembira, dalam sunyi dan dalam keriuhan.


Temukanlah bahagia itu dengan perlahan, dalam tenang, dalam ketulusan hati kita. Percayalah, bahagia itu ada dimana-mana. Rasa itu ada di sekitar kita. Mungkin, bahagia itu telah hinggap di hati kita namun kita tak pernah memperdulikannya. Mungkin juga bahagia itu berterbangan di sekeliling kita namun kita terlalu sibuk untuk sempat menikmatinya.

Bila hati tidak bahagia, ingatlah kisah pemuda dan rama-rama.
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ
ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬
فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى
وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى
"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
- Surah Al-Fajr 89:27-30




Semoga Allah merahmati kita semua dan sentiasa berada dalam keberkatan Nya. Wassalam.

Thursday 31 March 2011

Kajian Mengenai Bulan & Sikap Manusia, Yang Telah DiJalankan Oleh-Nya BY: Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC


* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik