Friday 22 April 2011

~* LuMrAh HaTi & pErAsAaN*~

Cinta? bermacam2 pndangan & bermacam2 ragam pendapat yg ku dengar. Tapi belom ada jawapan yang dapat memuaskan hati aku. Aku pernah menyintai sesorg semasa di tingkatan 4,dan sehingga aku masuk kolej,dan dia cinta pertama ku,sehingga satu ketika si dia minta putus krn orang ke 3, aku rela lepaskan wlpn sudah sedaya upaya aku mempertahankannya.

Pada satu ketika kwn kpd Exgf aku cuba msg aku pada mulanya dgn niat simpati terhadap aku tapi aku dapat kawal perasaan itu,mmg aku sedih tapi mungkin orang ke 3 itu lebih dari apa yang aku ada.sehingga satu saat aku mula terpikat dgn kwn kpd Exgf aku yg bernama betul ( Nisa )aku kenal Nisa tidak lama dalam beberapa tahun saja. tapi bagi aku dia sentiasa dalam hati aku sampai sekarang walaupn dia jauh berada di rantauan,aku tahu dia masih membenci aku sehingga saat ini,kerana kesilapan bodoh aku.

Walaupn cinta pertama aku dgn Gadis berasal dari Melaka tetapi cinta dan sayang aku terhadap Nisa lagi mendalam,sehingga kini masih aku menaruh harapan. Aku jenis yang simple tidak kacak,muka ala2 cina skit, wlpn ada gadis cuba mendekati aku tetapi aku tidak dpt menerima dorang kerana kasih ku terhadap Nisa masih menebal sehingga kini yang menjangkau 4 tahun lebih.

Aku tahu Nisa tidak mungkin dapat menerima aku mahupun menghubungi aku lagi,tapi aku hanya mampu berdoa semoga di bukakan pintu hati untuk menerima aku walaupun sebagai seorang kawan. Dulu masa Nisa mula2 menjejak kaki di Beijing dia masih menghubungi aku,tapi dek kerana keegoan dan kekerasan hati aku,dia menyepikan diri sehingga aku bertukar kerja untuk ke dua kalinya. Nisa masih menghubungi aku walau jarak masa berbulan2 untuk bertanya kabar. Tetapi kebutaan mata hati,keegoan yang terlampau sehingga perkataan " Jangan hubungi atau contact saya lagi" hati gadis mane tidak terasa. Nisa bagi aku seorang yang baik lemah lembut walaupun kekadang hati dia keras.

Aku memlilih Nisa bukan krn paras rupa dia nak dibandingkan denga Ex Pertama aku ( Lea ). tapi kerana sifat kewanitaan Nisa membuat aku tidak dapat melupakan Nisa sehingga hari ini dan masih menunggu berita dari dia.

Sekiranya aku diberi peluang untuk kali terakhir tidak akan aku lepaskan,dan sekiranya aku berkesempatan berdoa di Hadapan Ka'abah,aku harap aku dapat bertemu dengan Nisa. Betul orang cakap kita tidak pernah menghargai sesorang di hadapan kita,tetapi merana bila dia berlalu pergi.

Pesanan aku terhadap kwn2,seandainya kamu menenui seorg yang menghargai kamu,fikirlah sedalamnya sebelum kamu melepaskan sesuatu perkataan, dari kerana ini baru aku faham ape itu hati seorang perempuan.

Mlm ni aku terpaksa merapu kerana terlalu rindu dan teringat kepasa Gadis bernama Nisa, aku terpaksa merapu walau ayat aku memang tunggang langgang krn menggantuk hehehe...oleh kerana teringat akan Nisa dan terasa ingin ku luah isi hati yang sudah 4 tahun aku memendamkannya...

"Khairunisa,Hafiz masih menyayangi mu"

No comments:

Post a Comment