Friday 22 April 2011

~* LuMrAh HaTi & pErAsAaN*~

Cinta? bermacam2 pndangan & bermacam2 ragam pendapat yg ku dengar. Tapi belom ada jawapan yang dapat memuaskan hati aku. Aku pernah menyintai sesorg semasa di tingkatan 4,dan sehingga aku masuk kolej,dan dia cinta pertama ku,sehingga satu ketika si dia minta putus krn orang ke 3, aku rela lepaskan wlpn sudah sedaya upaya aku mempertahankannya.

Pada satu ketika kwn kpd Exgf aku cuba msg aku pada mulanya dgn niat simpati terhadap aku tapi aku dapat kawal perasaan itu,mmg aku sedih tapi mungkin orang ke 3 itu lebih dari apa yang aku ada.sehingga satu saat aku mula terpikat dgn kwn kpd Exgf aku yg bernama betul ( Nisa )aku kenal Nisa tidak lama dalam beberapa tahun saja. tapi bagi aku dia sentiasa dalam hati aku sampai sekarang walaupn dia jauh berada di rantauan,aku tahu dia masih membenci aku sehingga saat ini,kerana kesilapan bodoh aku.

Walaupn cinta pertama aku dgn Gadis berasal dari Melaka tetapi cinta dan sayang aku terhadap Nisa lagi mendalam,sehingga kini masih aku menaruh harapan. Aku jenis yang simple tidak kacak,muka ala2 cina skit, wlpn ada gadis cuba mendekati aku tetapi aku tidak dpt menerima dorang kerana kasih ku terhadap Nisa masih menebal sehingga kini yang menjangkau 4 tahun lebih.

Aku tahu Nisa tidak mungkin dapat menerima aku mahupun menghubungi aku lagi,tapi aku hanya mampu berdoa semoga di bukakan pintu hati untuk menerima aku walaupun sebagai seorang kawan. Dulu masa Nisa mula2 menjejak kaki di Beijing dia masih menghubungi aku,tapi dek kerana keegoan dan kekerasan hati aku,dia menyepikan diri sehingga aku bertukar kerja untuk ke dua kalinya. Nisa masih menghubungi aku walau jarak masa berbulan2 untuk bertanya kabar. Tetapi kebutaan mata hati,keegoan yang terlampau sehingga perkataan " Jangan hubungi atau contact saya lagi" hati gadis mane tidak terasa. Nisa bagi aku seorang yang baik lemah lembut walaupun kekadang hati dia keras.

Aku memlilih Nisa bukan krn paras rupa dia nak dibandingkan denga Ex Pertama aku ( Lea ). tapi kerana sifat kewanitaan Nisa membuat aku tidak dapat melupakan Nisa sehingga hari ini dan masih menunggu berita dari dia.

Sekiranya aku diberi peluang untuk kali terakhir tidak akan aku lepaskan,dan sekiranya aku berkesempatan berdoa di Hadapan Ka'abah,aku harap aku dapat bertemu dengan Nisa. Betul orang cakap kita tidak pernah menghargai sesorang di hadapan kita,tetapi merana bila dia berlalu pergi.

Pesanan aku terhadap kwn2,seandainya kamu menenui seorg yang menghargai kamu,fikirlah sedalamnya sebelum kamu melepaskan sesuatu perkataan, dari kerana ini baru aku faham ape itu hati seorang perempuan.

Mlm ni aku terpaksa merapu kerana terlalu rindu dan teringat kepasa Gadis bernama Nisa, aku terpaksa merapu walau ayat aku memang tunggang langgang krn menggantuk hehehe...oleh kerana teringat akan Nisa dan terasa ingin ku luah isi hati yang sudah 4 tahun aku memendamkannya...

"Khairunisa,Hafiz masih menyayangi mu"

Sunday 17 April 2011

Perangai <----> atitude<---->Sikap

Byk hari aku tak buka blog aku nie,biase laorg baru2 nak jinak dgn blog nie wlpn dah lama berniat nak ade blog,tapi tak bersungguh,aku nak luahkan benda yg tak puas hati pasal budak umah aku merangkap saudara tak jauh mane sebalah bapak aku nie, mmg aku kurang rapat dgn suadara sblh bapak aku nie, di sebabkan perangai dorg dah sikap dorg.

Hari nie aku betul2 menyirap sbb biase la pasal duit nie kan, kalo ade duit belagak cam org kaya,sedar la skit ko tu org biase jgn nak berlagak lebih,seperti org ckp ukur baju badan sendiri la brader.



Si bahalol nie time ade duit mkn sorg2,beli baju seluar mahal2 dan bapak segala kedekut.aku tak kisah pn tu duit dan hasil titk peluh Lu la kan,lantak ko la..tapi aku nak ko ingat time tengah bulan aku jgk ko cari,dah la ko masuk umah nie takde sape yg jemput,ko dtg letak baju2 ko pastu jadi cam umah sndri...(dasar muka letak kat punggong)

. Masa ko susah dulu kapcai aku tu jadi cam motor wakaf...setahu aku,aku tak pernah sentuh harta benda ko kan...lg 1 benda smua stock mknan aku ko sapu,aku pn tak tau ko ni spesis ape,aku bukan nak mngungkit,memandangkan ko jenis mengungkit dan ckp2 blakang tu yg aku menyirap tu....bole die saund ckp aku kalo xde transprt pn bole hidup. <---- woiiii bahalol dulu masa ko p keja dgn ape?? balik keja dgn ape?? kapcai buruk aku tu la...bangang pnye manusia jenis ni.Takde duit nak jgk ko bejalan kwn ko tu pn bodoh kwn dgn ko,asyik kena paw smpai kering je duit hahaha...si Bahalol ajak kuar wlpn xde duit ikot je...elok la bahalol tipu bengap kah...kah...kah... Ni ade lg sorg Lahabau,tapi dia ni aku tak kisah sgt sebab pasal mkn minum n duit dia tak berkira,tapi aku kesian la kat famly ko kat kg tu...ko dapat gaji n keja elok,ko main "ais" duit byk katakan,aku penah ckp duit byk2 tu baik ko simpan...ko nak main "ais" tu lantak la...bkn duit aku kan hahaha...kalao mampos pn ko bkn aku...tapi skrg ni ko dah kena buang keja,asyik pnjam duit jer,kalo pinjam tuk beli mknan aku tak ckp,ni ko rela beli bendalah tu...aku ckp bangang ko hangin,tapi hakikatnya ko ni bangang hahaha....




berubah la brader lu dah 2,3 kali masuk dalam tak serik lg ker?ikotkan hati aku report jer,tapi kesian kat org tua ko kat kg lak...aku tak sanggup tgk mane2 org tua mengalir air mata krn anak buat perkara tolol,bahalol dan sewaktu dgn nya..hehehhee...


kesimpulan,fikir la tuk berubah jadi yg lebih baik...aku mmg dah tak sabar nak tinggal umah nie,dan aku harap adik aku dapat kerja yg lebih baik so kite pindah la eh,aku pn dah nak kena posting tmpat kau dulu dan jgn menyusahkan aku sudah....

Thursday 7 April 2011

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


________________________________________
Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!

Wednesday 6 April 2011

Bila Hati Tidak Bahagia: Kisah Pemuda Dan Rama-Rama

Suatu hari, ada seorang pemuda di tepi telaga. Dia termenung. Renungan matanya kosong menatap air telaga di hadapannya. Seluruh penjuru angin telah di lewatinya, namun tak ada satu pun tempat yang membuatnya puas. Kosong dan senyap, hingga ada suara yang menyapanya.

"Sedang buat apa kau di sini wahai anak muda?" tanya orang itu, seorang tua. "Apakah yang sedang kau risaukan..?"


Anak muda itu menoleh ke sebelahnya, "Saya letih, Pak Cik. Telah jauh jalan yang saya tempuh untuk mencari kebahagiaan, namun tidak juga saya temukan rasa itu dalam diri saya. Saya telah berjalan melewati gunung dan lembah, tapi tidak ada tanda kebahagiaan yang hadir dalam diri saya. Ke manakah harus saya mencarinya? Bilakah akan saya temukan rasa itu?"

Orang tua itu duduk semakin dekat sambil mendengarkan dengan penuh perhatian. Di pandangnya wajah lesu di hadapannya. Lalu, dia mula berbicara, "Di depan sana ada sebuah taman. Jika kamu ingin jawapan dari pertanyaanmu, tangkaplah seekor rama-rama untukku.

Mereka berpandangan.

"Ya... tangkaplah seekor rama-rama untukku dengan tanganmu" pak tua mengulangi kalimatnya lagi.


Perlahan-lahan pemuda itu bangkit lalu menuju ke taman. Tidak berapa lama dijumpainya taman itu. Taman yang yang bersemarak dengan pohon dan bunga-bunga yang mekar. Tidak hairanlah mengapa banyak rama-rama berterbangan disana.

Orang tua itu melihat dari jauh, memperhatikan tingkah laku pemuda yang sedang gelisah itu. Anak muda itu mula bertindak. Dengan terhendap-hendap ditujunya seekor rama-rama. Dengan perlahan dia cuba menangkapnya. Namun gagal.

Di kejarnya pula rama-rama itu. Dia cuba menangkapnya lagi, tapi gagal. Dia mula berlari tidak keruan. Kakinya menerjah ke sana sini. Rumput-rumput dipijaknya dan tanaman dirempuhnya untuk mengejar rama-rama itu. Dirempuhnya semak dan duri. Aksinya nampak semakin liar.

Adegan itu terus berlangsung, namun belum ada satu rama-rama pun yang dapat ditangkap. Si pemuda mula keletihan. Nafasnya mencungap dadanya bergerak naik-turun dengan cepat.

Hingga akhirnya ada satu teriakan, "Hentikan dulu hai anak muda. Berehatlah."

Maka nampaklah dia orang tua tadi berjalan perlahan menujunya. Tapi si pemuda kehairanan melihat ada sekumpulan rama-rama berterbangan di kiri kanan orang tua itu. Rama-rama itu terbang berkeliling dan sesekali hinggap di tubuh orang tua itu.

"Begitukah cara kamu mengejar kebahagiaan? Berlari dan mengejar? Menerjah tak tentu arah, memijak tanpa pedulikan apa yang kau rusakkan?"

Orang tua itu menatap si pemuda. "Anakku, mencari kebahagiaan itu adalah bagai menangkap rama-rama. Semakin kau kejar semakin itulah ia akan menjauhimu. Semakin kau buru semakin pula ia pergi jauh dari dirimu."

"Kerana itu tangkaplah rama-rama itu dalam hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Carilah rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari kemana-mana. Bahkan tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang dengan sendiri."

Orang tua itu mengangkat tangannya. Tiba-tiba seekor rama-rama hinggap di hujung jarinya. Kelihatanlah kepak-kepak sayap rama-rama itu memancarkan keindahan ciptaan Tuhan. Begitu mempersona dan mengagumkan bila melihat kelopak sayap yang mengalun perlahan-lahan, bagaikan kebahagiaan yang hadir di dalam hati. Warna kepaknya begitu indah, seindah kebahagiaan yang dirasai oleh mereka yang mampu menyelaminya.

APAKAH YANG KAU KEJAR?

Mencari kebahagiaan adalah bagai menangkap rama-rama. Sukar bagi mereka yang terlalu bernafsu tapi mudah bagi mereka yang tahu apa sebenarnya yang mereka cari. Kita mungkin dapat mencarinya dengan menerpa ke sana-sini, menerjah ke sana-sini. Kita boleh mengejarnya dengan berlari kencang ke seluruh penjuru arah. Kita pun boleh saja mengejarnya dengan bernafsu, bagai menangkap buruan akan akan kita makan setelah mendapatnya. Namun kita perlu belajar. Kita perlu belajar bahawa kebahagiaan tidak bisa di dapati dengan cara-cara seperti itu. Kita perlu belajar bahawa bahagia bukanlah sesuatu yang dapat di genggam atau sesuatu yang dapat disimpan.

Bahagia adalah udara, dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu. Kita belajar bahawa bahagia itu memang ada di dalam hati. Semakin kita mengejarnya, maka semakin kebahagiaan itu akan pergi dari kita. Semakin kita berusaha mendapatkannya, semakin pula kebahagiaan itu akan menjauh dari kita. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hati kita sendiri.

Biarkanlah rasa kebahagiaan itu menetap dan abadi dalam hati kita. Temukanlah kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan. Dalam bekerja, dalam belajar, dalam menjalani hidup kita. Dalam sedih, dalam gembira, dalam sunyi dan dalam keriuhan.


Temukanlah bahagia itu dengan perlahan, dalam tenang, dalam ketulusan hati kita. Percayalah, bahagia itu ada dimana-mana. Rasa itu ada di sekitar kita. Mungkin, bahagia itu telah hinggap di hati kita namun kita tak pernah memperdulikannya. Mungkin juga bahagia itu berterbangan di sekeliling kita namun kita terlalu sibuk untuk sempat menikmatinya.

Bila hati tidak bahagia, ingatlah kisah pemuda dan rama-rama.
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ
ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬
فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى
وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى
"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
- Surah Al-Fajr 89:27-30




Semoga Allah merahmati kita semua dan sentiasa berada dalam keberkatan Nya. Wassalam.